fbpx

The Red Warriors ikat pertahanan Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CIFU dilaporkan akan memperkuatkan Kelantan FC bagi saingan Liga Super musim baharu nanti.

KELANTAN FC semakin bersemangat untuk memulakan saingan Liga Super musim baharu apabila dikhabarkan hampir pasti mendapatkan khidmat bekas pemain pertahanan Malaga FC, Miguel Angel Garrido Cifuentes.

Selepas kembali memenangi hati peminat dengan keputusan membawa pulang Mario Arques ke Kota Bharu, perkembangan terbaharu membabitkan Cifuentes kali ini sudah pasti menambah keceriaan penyokong setia The Red Warriors.

Pemilik kelab, Norizam Tukiman berkata, pemain pertahanan yang lebih dikenali sebagai Cifu itu kini sudah pun dalam perjalanan ke Malaysia.

“OTW (dalam perjalanan) ke Kelantan FC,” menurut ciapan Norizam di laman media sosial Facebook miliknya.
Untuk rekod, Cifu pernah menyarung jersi kelab besar di Sepanyol antara­nya Girona, Elche dan juga Ma­laga.

Perkembangan ini juga menutup segala dakwaan yang mengatakan Kelantan FC lambat untuk melengkapkan kuota pemain import dan ketika ini skuad kendalian Choi Moon-sik akan turut diperkuatkan oleh dua import dari Korea Selatan, Kim Ming-kyu dan Kang Eui-chan.

Selain itu, The Red Warriors juga sudah pun sah mengikat kontrak dengan import dari Fi­lipina, Christian Mangaron Rontini dan penyerang dari Gambia, Nuha Marong.

Dalam perkembangan lain, Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamburger memberi ba­yangan bahawa mereka hampir berjaya mendapatkan khidmat penyerang dari Nigeria, Ismahil Akinade.

“Siapa tulis ni? Pandai betul,” katanya yang turut sertakan keratan Wikipedia Akinade.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI