PETALING JAYA – Terapi penyongsangan menggunakan kerusi graviti merupakan satu kaedah terbaik dalam melancarkan peredaran darah ke otak dan mengurangkan keresahan.
Menerusi perkongsian fakta oleh Public Health Malaysia (PHM) di Facebook, terapi tersebut turut membantu mengurangkan masalah gemuruh seseorang ketika berhadapan dengan orang ramai.
“Selain itu, ia juga membantu sistem penghadaman, memperbaiki postur badan serta meningkatkan keseimbangan dan koordinasi,” katanya.
Namun, PHM mengingatkan, bukan semua lapisan masyarakat boleh amalkan terapi tersebut terutama bagi mereka yang mempunyai darah tinggi, glaukoma dan penyakit kronik.
“Kumpulan pesakit ini tidak digalakkan melakukan terapi tersebut, dan perlu mendapatkan nasihat doktor dahulu,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE