fbpx

Tempoh pelaksanaan Menu Rahmah bergantung kepada pemain industri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Salahuddin. Foto oleh FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Tempoh pelaksanaan inisiatif Menu Rahmah adalah bergantung kepada pemain industri dan para pengusaha restoran.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, ia berikutan usaha tersebut bukan paksaan sebaliknya suatu pendekatan bagi membantu rakyat Malaysia.

Menurut beliau, pihaknya tidak pernah meletakkan sebarang tempoh masa khusus berhubung pelaksanaan inisiatif terbabit.

“Selagi mana (pengusaha) akan teruskan sepanjang itulah (Menu Rahmah) dapat diberikan.

“Berkaitan tempoh masa kita tidak mengambil perkara itu sebagai Indeks Prestasi Utama (KPI) kita (KPDN). Terpulang kepada pemain industri.

“Tetapi apa yang penting saat ini kerajaan mengambil suatu pendekatan supaya tidak ada rakyat Malaysia yang berlapar,” katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Pelancaran Menu Rahmah anjuran Presma di Restoran Nasi Kandar Stadium, Cheras, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pengusaha bebas untuk menyertai inisiatif tersebut secara sukarela.

“Ia bergantung kepada pemain industri kalau mereka menganggap ini sebagai perkara yang bukan memberi keuntungan besar. Namun, lebih kepada untuk memberikan makanan kepada mereka yang memerlukan.

“Jadi, saya rasa tempoh pelaksanaan Menu Rahmah ini akan diperhatikan daripada masa ke semasa,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI