fbpx

Suspek amang seksual kerat zakar sendiri guna sabit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian berlaku di Nusa Tenggara Timur. -- AGENSI

JAKARTA – Selepas dituduh melakukan jenayah seks terhadap kanak-kanak, seorang lelaki di Indonesia cuba menamatkan riwayat sendiri dengan cara menggerunkan. Dia masuk ke dalam bilik mandi dan mengerat zakarnya sendiri, demikian menurut portal berita Thaiger. 

Kejadian berlaku di wilayah Nusa Tenggara Timur kelmarin. Sebelum itu, Polis Bola  di Nusa Tenggara Timur  menerima aduan bahawa seorang anggota sebuah keluarga telah menjadi mangsa jenayah seksual di tangan seorang lelaki berumur 32 tahun.

Polis pada asalnya,  dijadualkan memberkas suspek di kediamannya hari ini untuk berdepan pendakwaan. Bagaimanapun, pihak berkuasa berkejar ke kediaman lelaki itu lebih awal apabila suspek memotong zakar sendiri ketika cubaan membunuh diri.

“Beberapa hari sebelumnya,  aduan difailkan terhadap dirinya berhubung dakwaan jenayah seksual kanak-kanak, jadi kes itu masih dalam proses siasatan,” kata polis.

Bagaimanapun, sebelum mereka dapat memberkas suspek, dia mengambil tindakan drastik tersebut. Seorang jiran berkata, mereka berbual bersama pada tengah hari kelmarin. Lelaki itu tiba-tiba beredar dan berkata , dia mahu mandi.

Polis dihubungi sekitar pukul 1 tengah hari apabila jiran itu menemui suspek dalam keadaan berlumuran darah. Polis berkata, darah mengalir keluar daripada bahagian kemaluannya.

Menurut laman berita Coconuts, selepas dituduh melakukan jenayah seksual kanak-kanak, lelaki itu menggunakan sabit untuk mengerat zakarnya. Apa yang berlaku selepas itu masih belum jelas.

Apabila polis tiba, mereka menemui zakar yang putus di dalam bilik air dan disimpan di dalam sebuah bekas kaca selepas organ itu dipotong. Pihak berkuasa berkata, mereka tidak pasti sama ada suspek sendiri memasukkan zakarnya atau ia dimasukkan oleh anggota keluarganya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI