fbpx

Seorang hilang, enam selamat perahu dinaiki karam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua mangsa yang pengsan berjaya diselamatkan dan dibawa ke dermaga pekan Song untuk rawatan lanjut.

KAPIT – Seorang lelaki hilang, manakala enam lagi termasuk dua orang yang pengsan selamat selepas perahu yang dinaiki mereka karam di muara Sungai Song.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa yang hilang dikenali sebagai Gawing Mancha, 47.

Menurutnya, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song dimaklumkan mengenai kejadian kira-kira pukul 11.17 malam tadi.

“Berdasarkan maklumat pengadu, kesemua mangsa dalam perjalanan menuju ke pekan Song dari rumah Ekeh Nanga Pan, Song.

“Setibanya di muara Sungai Song, perahu tersebut telah karam dan enam orang mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala seorang mangsa lelaki dikhuatiri masih hilang.

“Mangsa yang terselamat kemudian menghubungi ahli keluarganya (pemanggil) yang berada di pekan Song, sebelum memaklumkan kepada pihak bomba,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, setibanya pasukan bomba di dermaga pekan Song, mereka meminta bantuan daripada orang awam yang berada di situ untuk mengambil mangsa yang selamat di muara sungai Song menggunakan perahu kerana dimaklumkan terdapat dua daripada mangsa lelaki yang selamat masih pengsan.

Katanya dua mangsa yang pengsan itu berjaya diselamatkan oleh penumpang lain di dalam perahu terbabit.

“Setiba kesemua mangsa di dermaga pekan Song, pasukan bomba bertindak membantu menyerahkan kesemua mangsa kepada pihak perubatan Klinik Kesihatan Song untuk rawatan lanjut,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, hasil perbincangan dengan polis dan ahli keluarga, operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan bermula pada hari ini memandangkan keadaan gelap serta faktor keselamatan pasukan penyelamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI