fbpx

Sanggup merana sampai tua asalkan tak menjanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEGELINTIR wanita memilih untuk hidup merana hingga ke tua daripada bergelar janda ketika usia sudah menginjak 50 tahun ke atas. – gambar hiasan

GEORGE TOWN – Istilah janda atau lebih popular dengan panggilan MJ (mak janda) antara gelaran paling digeruni para wa­nita terutama yang bergelar isteri sehinggakan mereka dikatakan sanggup hidup merana daripada kembali solo.

Rata-rata yang ditemui ­Kosmo! mengatakan, mereka tidak kisah diabai atau dianiaya zahir dan batin oleh si suami daripada malu hidup dengan menjanda.

Dakwa mereka, kehidupan solo akan berdepan pelbagai rintangan terutama menjadi bahan bualan sekeliling selain terpaksa berkorban wang sendiri bagi membesar anak-anak.

Seorang eksekutif syarikat swasta yang mahu dikenali sebagai Ariana, 45, berkata, status janda adalah perkataan paling ditakutinya dan rela menelan kepahitan rumah tangga.

Akuinya, dia tidak sanggup dilabel sebagai janda dalam usia menjengah lima abad kerana perkara itu akan membuatkan martabat seorang wanita dipandang enteng oleh masyarakat di sekeliling.

“Biarlah saya merana sampai ke tua daripada bergelar janda pada usia mencecah 50 tahun. Perasaan malu kepada masyarakat dan keluarga menghantui diri sekiranya berstatus janda ketika tiga anak berusia 16, 14 dan 12 tahun semakin meningkat dewasa.

“Pada usia sebegini, saya sudah tahap biarlah ia dipendam dan dilalui seorang diri apa yang berlaku.
Anak-anak pun sudah boleh menilai mana baik dan buruk. Tidak mungkin saya hendak pilih menjanda sedangkan anak-anak masih memerlukan kasih sayang ibu dan ayah mereka,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi suri rumah yang mahu dikenali sebagai Aina, 40, pula mengakui, dia tidak mahu bergelar janda dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil dan memaksanya terus bertahan walau perit.

“Banyak perkara yang perlu difikir apabila hidup berstatus tunggal terutama mempu­nyai bilangan anak yang ramai. Masalah berlaku hanya melibatkan saya dan suami, bukan anak-anak.

“Di situ, saya fikir, selagi boleh bersabar dan bertahan, kita redah sahaja demi masa depan anak-anak. Emosi mereka (anak-anak) akan terganggu jika ibu dan ayah tidak lagi tinggal sebumbung,” jelasnya yang mempunyai tiga cahaya mata berusia empat, 10 dan 14 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI