PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di lapan negeri petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga lewat petang nanti.
Menurutnya, ia melibatkan Kedah (Kulim dan Bandar Baharu) serta Perak (Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).
“Bagi Pahang pula membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Maran, Kuantan dan Rompin.
“Selain itu, hujan di Selangor tertumpu di kawasan Hulu Selangor, Klang, Gombak, Kuala Langat dan Hulu Langat,” katanya.
Turut terlibat iaitu Jelebu, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin di Negeri Sembilan serta Tangkak, Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.
Dalam pada itu, amaran sama juga dikeluarkan di Sarawak meliputi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Sarikei (Sarikei dan Meradong) dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro).
“Hujan lebat juga dijangka melanda Sabah membabitkn Pedalaman (Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE