fbpx

Pengarah syarikat didakwa buat tuntutan palsu ekzos fan surau UPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamal (kiri) ketika hadir ke Mahkamah Sesyen hari ini.

SHAH ALAM – Seorang pengarah syarikat penyelenggaran penghawa dingin dan pendawaian elektrik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM4,150 bagi kerja ekzos fan surau sebuah universiti tempatan, lima tahun lalu.

Tertuduh, Kamal Karim, 47, membuat pengakuan tersebut atas dua pertuduhan termasuk pilihan selepas dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Berdasarkan kedua-dua pertuduhan, Kamal didakwa dengan niat memperdayakan dan menggunakan satu dokumen palsu kepada seorang pegawai kewangan Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang bagi tujuan pembekalan serta kerja-kerja pemasangan ekzos fan 10 inci di surau perempuan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM, yang sebenarnya tidak dibekalkan tertuduh.

Perbuatan itu dilakukan di Pejabat Bursar UPM pada 21 Oktober 2018.

Justeru, dia didakwa mengikut 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta yang sama yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, sekiranya disabitkan kesalahan.

Bagi pertuduhan pilihan pula, Kamal boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali dibawah Seksyen Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 465 Kanun yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Irna Julieza Maaras manakala tertuduh diwakili Peguam Shalehhuddin Salam.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah serta melaporkan diri pada minggu pertama setiap bulan di pejabat SPRM berhampiran.

Sebutan semula kes pada 14 Mac depan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI