fbpx

Pekerja valet rempuh 2 Lamborghini milik bilionair

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja berkenaan secara tidak sengaja merempuh dua Lamborghini Aventador Ultimaes antara satu sama lain milik seorang bilionair terkemuka. – Instagram

PERTH –  Seorang pekerja valet sebuah kasino menyebabkan dua ‘supercar’ Lamborghini milik seorang bilionair berlanggar selepas dia hilang kawalan ketika memandu salah sebuah kenderaan tersebut, lapor portal berita LadBible kelmarin.

Dua  kereta itu dikatakan berharga kira-kira £1 juta (RM5.2 juta).

Kedua-dua kereta adalah model Lamborghini Aventador Ultimae, yang merupakan versi terakhir jenama kereta sport mewah itu.

Ia dikatakan milik pengasas syarikat permainan sosial online, Virtual Gaming Worlds, Laurence Escalante.

Insiden  berlaku sekitar pukul 9 malam (waktu tempatan) pada 8 Februari lalu di pusat hiburan Crown Resorts.

“Kami mengesahkan bahawa dua buah kereta rosak di laluan Crown Towers Perth sejurus sebelum pukul 9 malam, Rabu lalu.

“Keselamatan kakitangan dan tetamu adalah keutamaan kami. Kami sedang menjalankan penilaian penuh bagi insiden itu bersama pihak terlibat,” kata seorang jurucakap Crown Towers Perth.

Rakaman kejadian itu menjadi tular dan memaparkan staf valet tersebut sedang duduk di tempat duduk pemandu ketika pekerja lain dan orang ramai tiba untuk memeriksa keadaannya.

“Saya benar-benar telah merosakkannya,” kata pekerja tersebut.

Dia kemudian keluar dari kereta lalu berkata: “Lihat bagaimana kedua-dua pedal itu berada terlalu rapat? Saya menekan brek tetapi kereta terus bergerak.”

Video itu dikongsikan di laman Instagram dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Dia pasti akan dipecat,” kata seorang pengguna.

“Mereka mempunyai insurans. Perkhidmatan valet yang bagus kebiasaannya mempunyai pemandu terbaik yang akan memandu kereta mewah,” kata seorang pengguna lain. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI