fbpx

MotoGP: Enea Bastianini akui belum puas hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BASTIANINI mengakui jenteranya tidak mendapat kepantasan yang baik terutama ketika litar kering.

SEPANG – Pelumba pasukan Ducati, Enea Bastianini me­ngakui masih belum yakin de­ngan jentera yang dibekalkan oleh pasukan meskipun menampilkan ­prestasi memberangsangkan pada sesi latihan pramusim di Litar Antarabangsa Sepang hujung minggu lalu.

Pelumba berusia 26 tahun yang baru dinaikkan pangkat dari pasukan Gresini Racing telah ­meraih kedudukan ketiga terpantas pada sesi ujian hari Jumaat sebelum prestasi merudum pada hari kedua kelmarin dengan kedudukan kesembilan.

Kata Bastianini, tidak semua perkara yang dilalui bersama pasukan baharu bersifat negatif sebaliknya ada beberapa perkara yang membuatkan dirinya kagum dengan prestasi jentera Ducati.

“Saya rasa prestasi saya masih lagi memuaskan, tetapi kelemahan ketara saya adalah ketika litar kering dengan beberapa pusingan yang saya lakukan tidak pantas seperti biasa.

“Situasi berbeza apabila hujan yang mana jentera begitu pantas dengan keadaan enjin juga agak stabil untuk memberikan catatan mata yang kompetitif.

“Namun, ini barulah permulaan dan saya percaya masih perlukan masa untuk menyesuaikan diri sebelum saingan bermula.

“Tidak dinafikan kemungkinan besar saya perlu ubah cara tungangan sebelum ini bagi mencapai prestasi optimum dengan pasukan pada musim ini,” kata pelumba kelahiran Itali itu.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI