fbpx

Mangsa lemas enggan tinggal di rumah anak yatim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba menjumpai mayat Wan Muhammad Ammar kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian di Ukay Perdana, Ampang kelmarin.

AMPANG – “Ammar (Wan Muhammad Ammar) pernah pesan agar saya tidak tinggalkannya kerana dia tidak mahu duduk di rumah anak yatim, tetapi kini Ammar yang pergi dulu.”

Demikian luahan Noraliza Yusoff, 34, ibu kepada Wan Muhammad Ammar Wan Mohd. Noor Hafizan, 8, yang ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Ukay Perdana di sini petang kelmarin.

Mayat Wan Muhammad ­Ammar ditemui kira kira 200 meter daripada jarak dari lokasi kejadian.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, seorang lagi mangsa yang dikhuatiri lemas ialah Muhammad Rizqullah Mohd. Shafie, 10 tahun.

Noraliza berkata, dia dan suaminya tidak menyangka perubahan sikap anaknya daripada seorang yang ceria dan banyak bercakap kepada pendiam baru-baru ini petanda mereka akan kehilangan permata hati.

WAN MUHAMMAD AMMAR

Malah, katanya, anak sulung daripada lima beradik tersebut turut meminta suri rumah itu memandikannya bersama adik-beradiknya yang lain.

“Kebiasaannya Ammar akan mandi bersendirian dan dia me­rupakan anak yang manja, ringan tulang serta bertanggungjawab dengan adik-beradiknya.

“Ammar pernah berpesan dengan saya supaya jangan tinggalkan dia kerana anak lelaki saya itu tidak mahu tinggal di rumah anak yatim. Saya ada minta padanya untuk mendoakan umur saya panjang.

“Itulah permintaan terakhir yang paling saya ingat bila teringat tentang Ammar, namun tidak disangka dia pergi dulu,” luahnya sebak.

Sementara itu, bapa Ammar, Wan Mohd Noor Hafizan Wan Mustafa, 41, berkata, selama hari ini dia tidak pernah melihat anaknya bermain di luar kawasan apartmen kerana yakin larangannya selama ini dituruti anaknya.

“Saya kerap larang dia keluar apartmen, mandi hujan saya benarkan tapi dalam kawasan apartmen. Perkara ini turut buat saya terkesan, namun hanya mampu reda dengan apa yang terjadi.

“Sebak melihat isteri yang tidak pernah berhenti menangis sejak menerima berita sedih kehilangan Ammar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI