AKTRES Lily Collins mendedahkan dirinya pernah terperangkap dalam sebuah hubungan cinta yang dianggap toksik sehingga dia mengalami masalah tekanan mental dan perlu menjalani rawatan.
Memetik laporan People, pelakon berusia 34 tahun itu memberitahu, dia kerap dihina bekas teman lelaki secara lisan sehingga meragut emosinya.
Lebih parah, Collins juga pernah digelar pelacur oleh lelaki itu sewaktu umurnya baru berusia 20 tahun.
“Saya menjalani hubungan cinta toksik ketika berusia 20 tahun dengan seorang lelaki yang tidak pernah menghargai diri ini. Bahkan saya juga pernah dipanggil pelacur.
“Setiap kata-kata yang keluar dari mulutnya adalah toksik dan beracun sehingga menjejaskan emosi dan mental saya,” kata Collins.
Kesannya, pelakon yang kini telah pun mendirikan rumah tangga itu menjadi seorang wanita pendiam dan mengalami gangguan pemakanan sehingga perlu dirujuk ke psikiatri.