fbpx

Lelaki dibelasah selepas bising tengking anak buah sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG JAYA – Seorang peniaga gerai makanan ditahan selepas memukul dan menendang seorang lelaki di Pandan Court, Pandan Mewah, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian terjadi apabila mangsa didatangi suspek dikenali Amirul pada pukul 7.30 petang, di Padang Pandan Mewah, di sini, Ahad lalu.

Katanya, mangsa ketika itu bersama dengan anak buahnya telah ditumbuk pada muka sehingga mengakibatkan kecederaan pada rahangnya.

“Bertindak berdasarkan maklumat, sepasukan polis menahan suspek yang juga seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun, kelmarin.

“Siasatan mendapati, punca kejadian adalah suspek tidak puas hati apabila mangsa membuat bising memarahi anak buah mangsa berhampiran gerai miliknya dengan suara yang kuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, suspek bertindak menumbuk dan menendang pengadu sebanyak tiga kali, namun tiada senjata digunakan dalam kes ini.

Menurut Mohamad Farouk, suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau manakala ujian air kencing negatif daripada sebarang jenis dadah.

“Dengan tertangkapnya suspek, dia akan direman selama empat hari sehingga Rabu ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI