fbpx

Laluan KL- Singapura kekal paling sibuk di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Laluan udara dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura kekal sebagai paling sibuk di dunia.

Pencapaian itu disiarkan menerusi laman sesawang FlightsFrom.com diterbitkan firma statistik penerbangan antarabangsa ternama, WestCoast Digital yang berpusat di Sweden.

Berdasarkan perangkaan terkini akhir minggu lalu, 35 penerbangan direkodkan setiap hari dari KLIA ke Singapura, manakala 35 penerbangan juga dari sana ke KLIA.

Bilangan dicatatkan portal itu membolehkan KUL-SIN dan SIN-KUL berjaya menduduki masing-masing di tangga pertama dan kedua untuk laluan antara negara tersibuk di dunia.

Ia mengatasi laluan dari terminal Saint Barthelemy, Perancis ke Philipsburg, Sint Maarten, sebuah negara pulau kecil pentadbiran Belanda di rantau gugusan Caribbean.

Laluan antarabangsa melibatkan dua destinasi itu merekodkan 34 penerbangan sehari dan begitulah sebaliknya untuk menduduki masing-masing di tangga ketiga dan keempat.

Menurut portal berita BBC, meskipun jarak KUL dan SIN hanyalah 297 kilometer, namun laluan itu kekal tersibuk di dunia sejak 2018 mengatasi Hong Kong, China-Taipei, Taiwan.

Bezanya, pada tahun tersebut, jumlahnya lebih tinggi iaitu 84 penerbangan sehari atau 42 penerbangan sehala sebelum setahun kemudian merosot kepada 82 penerbangan sehari.

Angka berkenaan jatuh pada 2020 susulan kemunculan pandemik Covid-19 apabila dua negara jiran itu menutup sempadan dengan 66 penerbangan KUL-SIN-KUL direkodkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI