AMPANG – Jasad seorang kanak-kanak yang hanyut selepas tergelincir ke dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, di sini kelmarin ditemui kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian, petang tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor (JBPM) Datuk Norazam Khamis berkata, mayat Muhammad Rizqullah Mohd. Shafie, 10, ditemui kira-kira pukul 5.10 petang tadi.
“Proses membawa mangsa keluar sedang dijalankan. Mangsa ditemui tersangkut di bawah timbunan sampah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kelmarin, Kosmo! melaporkan dua kanak-kanak hanyut selepas bermain berhampiran sebuah longkang di Jalan Ukay Perdana, Ukay Ampang.
Seorang mangsa berjaya ditemui namun meninggal dunia manakala seorang lagi masih hilang. – KOSMO! ONLINE.