fbpx

Individu keluar kenyataan rasis, bukan lagi atlet negara – Hannah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular membabitkan kenyataan rasis bekas pemain pelapis percubaan BAM.

PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengesahkan individu yang didakwa membuat kenyataan berbentuk penghinaan ke atas agama Islam itu adalah bekas pemain pelapis percubaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada tahun 2014.

Hannah menerusi ciapan di Twitternya hari ini memaklumkan pemain itu bukan lagi atlet negara dan kini tidak menetap di Malaysia.

“Saya sudah semak dengan Majlis Sukan Negara (MSN), beliau (individu tular) bukan lagi atlet negara dan merupakan bekas pemain pelapis percubaan BAM sembilan tahun yang lalu.

“Saya tidak bersetuju dengan ucapan media sosial beliau dan mengecam sekeras-kerasnya sebarang ucapan perkauman dan pertikaian agama yang dibangkitkan walaupun beliau telah meminta maaf,” ciapnya.

Tegas Hannah lagi, beliau mengingatkan setiap atlet haruslah bebas daripada sebarang pertikaian berunsur perkauman dan politik terutama ketika memuat naik sebarang kandungan di media sosial.

“Saya percaya ibadat agama tidak pernah mengganggu prestasi atlet dan sukan. Ini tidak pernah menjadi satu masalah di Malaysia.

“Saya ulangi pendirian, sukan mesti bebas daripada sebarang unsur perkauman dan politik. Semua atlet negara merupakan sumber inspirasi kepada masyarakat dan dinasihati berhati-hati dengan kandungan media sosial masing-masing,” pesannya.

Terdahulu, dalam video yang tular di media sosial sejak kelmarin, individu tersebut mengatakan punca pengurusan BAM kurang baik adalah kerana diuruskan orang Melayu.

Katanya, orang-orang Melayu tidak menguruskannya dengan sempurna lebih-lebih lagi kerap meninggalkan latihan ataupun pengurusan tiap kali waktu solat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI