fbpx

EPL: Rashford bantu Manchester United benam Leeds

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Marcus Rashford meraikan jaringan yang dilakukan ke atas Leeds United sebentar tadi. - Foto ihsan Twitter

LONDON – Pasukan Manchester United kembali berada di landasan kemenangan selepas menewaskan Leeds United dengan keputusan 2-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Elland Road itu, skuad The Red Devils kendalian Erik Ten Hag membariskan kesebelasan terbaik dengan Bruno Fernandes, Marcus Rashford dan Wout Weghorst menguatkan jentera serangan.

Namun, pasukan tuan rumah terlebih dahulu menguji benteng United tetapi percubaan yang dilakukan oleh penyerang utama, Patrick Bamford berjaya ditepis penjaga gol, David De Gea seawal minit ke-4.

United turut memiliki peluang untuk menguji gawang Leeds tetapi percubaan Fernandes pada minit ke-20 selepas menerima hantaran Jadon Sancho tidak menepati sasaran.

Leeds hampir mendahului pada babak pertama tetapi De Gea sekali lagi tampil cemerlang apabila menafikan percubaan Crysencio Summerville pada minit ke-44.

Bersambung pada babak kedua, Ten Hag melakukan rombakan dalam kesebelasan utama Alejandro Garnacho dan Lisandro Martinez sekali gus menyaksikan pasukan pelawat lebih banyak mendominasi perlawanan.

Kesabaran United akhirnya membuahkan hasil apabila Rashford menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-80 selepas menerima hantaran tepat yang dilakukan oleh Luke Shaw.

Jaringan tersebut telah mematahkan semangat pasukan Leeds apabila United menggandakan jaringan berselang lima minit kemudian hasil sentuhan penyudah Garnacho yang menyudahkan hantaran Weghorst.

Rashford hampir meletakkan kedudukan menjadi 3-0 pada masa kecederaan tetapi jaringan yang dilakukan telah dibatalkan oleh Video Bantuan Pengadil (VAR) kerana ofsaid.

Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan The Red Devils kini mengutip 46 mata selepas mengharungi 23 aksi musim ini, lima mata dibezakan dengan pendahulu liga, Arsenal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI