fbpx

Ditipu berulang kali, janda anak 2 menyesal kahwin lelaki ‘online’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang wanita berstatus janda anak dua melahirkan kekesalan selepas mengahwini seorang lelaki yang dikenali secara ‘online’ (dalam talian) selepas ditipu berulang kali sehingga mengganggu kesihatan mental dirinya.

Perkara itu diluahkan oleh pemilik akaun Anggerik Biru menerusi kumpulan Facebook permasalahan kes di mahkamah syariah, hari ini.

Anggerik berkata, dia hanya mengenali lelaki terbabit secara dalam talian sebelum bertemunya dan terus bernikah dengan menggunakan wali am pada 2021.

“Semasa kenal, tak pernah jumpa depan-depan dan saya tanya dia pandai baca al-Quran dan boleh ke jadi imam. Dia cakap boleh dan saya pun berjumpa dengan dia.

“Kemudian, dia uruskan pernikah dengan menggunakan wali am. Saya ambil keputusan untuk buat sendiri semua kali ini kerana kecewa dengan cara keluarga saya semasa perkahwinan pertama,” katanya dalam hantaran tersebut.

Bagaimanapun, Anggerik mula berasa kesal apabila suami yang baru dikahwini tidak mendaftarkan perkahwinan mereka selain sering ditipu berhubung pendapatannya.

“Setiap kali tanya, dia jawab dah siap, nanti kita pergi ambil. lepas tu, tutup cerita. Dalam masa perkahwinan kami, saya dapati dia juga tidak ada sumber pendapatan yang tetap.

“Dia pernah cakap ada kebun durian dan kolam ternak ikan, namun semua itu saya tidak pernah nampak. Dia pinjam duit saya kononnya nak bayar duit gaji anak buah tetapi saya pun tak pernah jumpa anak buah dia,” ujarnya.

Sehubungan itu, Anggerik berkata, dia sudah lama rasa tertipu namun terpaksa bertahan kerana tidak mempunyai sokongan keluarga.

“Ibu dan bapa saya sudah meninggal dunia. Saya terpaksa sabar dan bertahan dengan segala pembohongan dia. Saya jadi sakit, jiwa tak tenang memikirkan dia.

“Saya nak cerai, tetapi dia tak mahu lepaskan saya. saya takut kalau jadi apa-apa sebab melibatkan kesihatan mental saya,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI