fbpx

Bomba selamatkan warga emas rebah seorang diri di tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga emas yang ditemui dalam keadaan lemah oleh pasukan bomba di rumahnya di Kampung Padang Dekat, Masjid Tanah, Melaka, hari ini.

ALOR GAJAH – Seorang warga emas diselamatkan pasukan bomba selepas rebah di pintu tandas rumahnya di Kampung Padang Dekat, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah, Pegawai Bomba Kanan I (KUP), Ab. Aziz Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.21 pagi dan sepasukan sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pihak bomba menerima laporan daripada jiran mangsa dikenali sebagai Ain memaklumkan seorang warga emas dikhuariti terkunci di dalam rumahnya.

“Setiba di lokasi, kita dapati pintu rumah tersebut dalam keadaan berkunci dan setelah pintu berjaya dibuka kita menemukan seorang warga emas terbaring di tandas dalam keadaan lemah,” katanya.

Tambahnya, mangsa kemudian diserahkan kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memberikan rawatan lanjut.

“Difahamkan mangsa tinggal seorang diri di rumah tersebut,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI