fbpx

Balik umrah, bercuti, Puteri Sarah masuk hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI Sarah mengalami tidak sedap badan dan batuk sejak berada di Tanah Suci ketika mengerjakan ibadah umrah.

PETALING JAYA – Pelakon Puteri Sarah tewas apabila akhirnya terpaksa menyerah diri di hospital selepas menanggung sakit sejak menunaikan ibadah umrah hujung bulan lalu.

Sarah, 38, yang melanjutkan percutian ke Dubai bersama anak-anaknya selepas menunaikan umrah mengalami batuk dan tidak sedap badan sejak berada di Mekah.

Sejurus pulang ke tanah air beberapa hari lalu, dia yang dimasukkan ke hospital memohon maaf kerana terpaksa membatalkan urusan kerja termasuklah acara bertemu peminat di Singapura.

“Doakan Sarah ya semua. Insya-Allah bila sihat, Sarah akan kembali bekerja.

“Minta maaf kepada yang dibatalkan sesi fotografi, ada meet and greet di Singapura kena batal. Saya perlukan rehat,” ujarnya dalam perkongsian Instagram.

Sementara itu menerusi hantaran InstaStory, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu memaklumkan dia perlu dipantau oleh doktor buat masa ini.

“Akhirnya saya tumbang juga. Saya perlu berehat. Insya-Allah, dah sihat saya akan bekerja semula.

“Insya-Allah peminat di Singapura, saya akan berjumpa kalian tidak lama lagi. Doakan saya okey. Saya sayang kalian,” kata Sarah.

Pada 26 Januari lalu, Sarah berangkat ke Tanah Suci Mekah bersama dua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah bagi menunaikan ibadah umrah.

Pemergian pelakon itu didoakan ramai peminat yang mengharapkan dia bertemu ketenangan dicari selain pulang dengan semangat baharu merujUK konflik rumah tangganya bersama suami, Syamsul Yusof.

Sarah sebelum itu terlebih dahulu nekad memfailkan perceraian terhadap pengarah itu pada 16 Januari lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan selepas empat tahun bergelut dengan masalah rumah tangga akibat gangguan orang ketiga. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI