fbpx

29 premis makanan Terengganu tawar Menu Rahmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saharuddin (tengah) menampal pelekat Menu Rahmah di Restoran Tok Mi Selera Kampung, Kampung Telaga Daing, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Sebanyak 29 premis makanan di Terengganu menyahut inisiatif kerajaan dengan menawarkan Menu Rahmah sejak awal bulan ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia berkata, inisiatif Menu Rahmah berkenaan disertai 17 premis makanan di bandar raya ini, Kuala Nerus (tiga), masing-masing dua premis di Marang, Kemaman, Dungun dan Besut serta Hulu Terengganu (satu).

“Penyertaan bukan sahaja daripada pengusaha restoran besar yang bernaung di bawah persatuan peniaga malah mereka yang mengusahakan warung makan kecil.

“Sebahagian menawarkan Menu Rahmah pada harga lebih murah daripada RM5 yang dicadangkan kerajaan,” katanya selepas melancarkan Menu Rahmah di Restoran Tok Mi Selera Kampung, Kampung Telaga Daing di sini hari ini.

Saharuddin berkata, sambutan yang diberikan dalam kalangan peniaga premis makanan di negeri ini amat menggalakkan.

Tambah beliau, semakin ramai peniaga menunjukkan minat untuk menyertai inisiatif tersebut.

“Saya percaya bilangan premis makanan di negeri ini yang akan mengambil bahagian dalam inisiatif ini akan meningkat pada masa terdekat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI