fbpx

12 individu termasuk 5 ‘doktor’ diberkas edar dadah bernilai RM2.1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmi menunjukkan minuman yang dibancuh oleh 'doktor' pusat hiburan yang dijual pada harga RM300 sebotol, di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh M FIRDAUS M JOHARI/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Seramai 12 individu yang terlibat dalam sindiket pengedaran dadah bernilai RM2.1 juta, akhirnya tumpas dalam 10 serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang dan Selangor, sejak 7 Februari lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, daripada 12 individu tersebut, lima daripadanya digelar ‘doktor’ pusat hiburan yang telah bergerak aktif sejak enam bulan lepas.

Jelasnya, ‘doktor’ tersebut akan mencampurkan serbuk dadah atau cecair jenis ketamin ke dalam minuman tertentu dan kemudiannya menjual pada harga RM300 sebotol di pusat-pusat hiburan sekitar ibu negara.

“Bertindak atas maklumat, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur telah melakukan empat serbuan di sekitar Kuala Lumpur pada 8 Februari.

“Lima individu berusia di antara 24 hingga 35 tahun terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan warganegara tempatan manakala seorang lagi wanita warganegara Thailand telah ditahan.

“Nilai keseluruhan rampasan dadah adalah RM224,000 manakala nilai keseluruan rampasan adalah RM340,000,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, dalam kes sama, seramai tujuh lagi individu ditahan dalam beberapa serbuan sekitar Lembah Klang bermula 7 sehingga 9 Februari lalu.

Hasil serbuan itu katanya, kira-kira 22 kg ketamin bersama dua kilogram Syabu telah dirampas dan nilai keseluruhan dadah berkenaan dianggarkan bernilai lebih RM1.7 juta.

Ujar Azmi, suspek yang terlibat dalam sindiket ini telah dikesan sejak dua bulan lepas dan direman selama tujuh hari sehingga 15 Februari di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B ADB 1952.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI