fbpx

Sukarelawan EPIC kutip 1.6 tan sampah Pantai Pandak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sukarelawan EPIC mengutip sebahagian daripada kira-kira 1.6 tan sampah di Pantai Pandak, Kuala Ibai, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kakitangan syarikat kerajaan negeri Terengganu, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) mengambil inisiatif bergotong-royong membersihkan Pantai Pandak di Kuala Ibai di sini hari ini.

Pengurus Besar Komunikasi Strategik dan Keselamatan EPIC, Rusdi Ngah berkata, program tanggungjawab sosial korporat itu melibatkan seramai 140 sukarelawan terdiri daripada kakitangan EPIC, sukarelawan Geng Plastik Ija (GPI) serta pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

“Program gotong-royong ini dijalankan selama tiga jam di sepanjang 200 meter pesisir pantai. Sepanjang tempoh itu, kami berjaya mengutip kira-kira 1.6 tan sampah,” katanya di sini hari ini.

Rusdi berkata, kebanyakan sampah dikutip merupakan botol minuman, pembungkus plastik makanan, pukat nelayan, tali dan cebisan gabus.

“Ssampah-sarap yang dikutip akan dilupuskan manakala botol plastik akan dikitar semula.

“Saya harap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memastikan persekitaran pantai di negeri ini kekal bersih,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI