fbpx

Skuad B-23 negara jalani latihan pusat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERAMAI 19 daripada 25 pemain yang dipanggil kali ini adalah muka baharu bagi menguji kemampuan mereka untuk membawa cabaran negara ke Sukan SEA Kemboja nanti. – FB FAM

SKUAD bawah 23 (B-23) negara terus mengasah taring dalam membentuk pasukan yang mantap sebelum mengharungi temasya Sukan SEA 2023 apabila 25 pemain dipanggil untuk jalani latihan pusat minggu depan.

Ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, E. Elavarasan mengambil keputusan untuk memanggil 19 nama baharu bagi menjalani kem latihan selama enam hari bermula 14 hingga 19 Februari nanti.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam, semua pemain akan melaporkan diri pada Selasa ini selain satu aksi persahabatan tertutup telah diatur barisan kejurulatihan.

“Daripada senarai 25 pemain yang dipanggil, Elavarasan telah memanggil seramai 19 pemain baharu sebagai perancangan untuk menguji mereka.

“Selain itu, ia juga menjadi salah satu siri persiapan pasukan muda negara yang bakal bermain di Sukan SEA 2023 di Kemboja bermula 29 April sehingga 15 Mei 2023 depan.

“Panggilan ini dibuat memandangkan peraturan pertan­dingan bola sepak Sukan SEA 2023 telah menggunakan format umur iaitu bawah 22 tahun sahaja selain tambahan dua kuota pemain lebih umur.

“Kesempatan itu diambil de­ngan memberikan peluang dan laluan kepada pemain-pemain lain untuk diuji Elavarasan, manakala barisan tonggak Sukan SEA 2021 bakal dipanggil pada kem latihan pusat bulan depan.

“Enam pemain turut diletakkan dalam senarai bersedia sekiranya terdapat sebarang perubahan pada senarai 25 pemain,” kata kenyataan tersebut.

Antara pemain yang pernah mendapat panggilan sebelum ini adalah seperti Muhammad Najmudin Akmal (JDT), Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (NSFC) dan T. Saravanan (KL City).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI