fbpx

Runner pening kepala, ada pelanggan tuntut kembali bayaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CONTOH LKM dan LMM yang boleh dimuat turun secara digital melalui aplikasi MyJPJ sejak semalam.

PETALING JAYA – Orang te­ngah atau runner di Jabatan Pengangkutan Jalan kelam kabut apabila menerima panggilan daripada pelanggan yang mahu menuntut semula bayaran tempahan perbaharui cukai jalan kelmarin.

Keadaan itu berlaku apabila orang ramai beranggapan sudah tidak perlu lagi memperbaharui cukai jalan dan meminta pengurangan harga.

Perkara itu dimaklumkan oleh seorang runner, Nadiyatul Husna Mustajab, 37, yang agak kelam-kabut apabila ramai pe­langgannya yang keliru dengan pengumuman kerajaan itu.

“Sejurus selepas tular peng­umuman tersebut, lebih lima pelanggan membuat panggilan telefon mahu dipulangkan semula wang mereka untuk perbaharui cukai jalan tersebut.

“Pada awalnya saya juga sedih akan tiada kerja lagi, selepas dengar balik apa Menteri Pengangkutan (Anthony Loke) kata, saya jelaskan kepada pelanggan bukan tidak perlu perbaharui cukai cuma tidak perlu ditampal pada cermin kende­raan sahaja,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

TEMPAHAN cukai jalan yang masih diterima oleh runner di Kuala Lumpur semalam.

Ditanya mengenai pendapatan yang dirasakan akan terjejas, Nadiyatul merasakan sehingga kini proses memperbaharui cukai jalan masih sama, dilakukannya seperti dahulu yang disertakan bersama pelekat cukai jalan.

“Satu pesanan untung sekitar RM10 sahaja, dalam sebulan kira-kira RM4,000 dan perlu bayar gaji pekerja dan sewa kedai lagi, kalau dimansuhkan penggunaan pelekat terbabit tidak mustahil kami terpaksa berhentikan pekerja runner yang menguruskan cukai jalan.

“Setakat ini saya ambil keputusan lihat dahulu pelaksana­annya, diharapkan tiada pemansuhan penggunaan pelekat tersebut yang menjadi punca pendapatan ramai orang,” katanya.

Dalam pada itu, Pengasas CukaiJalan.com, Azharul Azri, 36, berkata, rakan-rakan yang mengusahakan perniagaan yang sama berasa cemas selepas pengumuman tersebut kerana persoalan yang timbul masih tiada jawapan daripada pihak kementerian ketika itu.

Bagaimanapun katanya, setelah dikaji, perkara buruk hanya akan menimpa pihaknya jika pelekat cukai jalan dimansuhkan serta-merta, sekali gus perkhidmatan runner akan terjejas dan hilang sumber pendapatan utama.

“Sehingga kini, kami tiada masalah, kami masih ada kerja untuk dibuat,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI