fbpx

Perlis mohon peruntukan projek pembangunan RM3 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shukri (kiri) pada program Rekersap di Tangki Air SAP di Anak Chelong dekat Kangar hari ini.

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis memohon peruntukan sebanyak RM3 bilion daripada kerajaan Persekutuan bagi 80 projek pembangunan di bawah Rolling Plan 3 (RP3) Rancangan Malaysia Ke-12 di negeri itu.

Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli berkata, peruntukan merangkumi projek untuk Syarikat Air Perlis (SAP) dan projek prasarana lain untuk kesejahteraan rakyat .

“Kerajaan negeri berharap permohonan ini dapat diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaras konsep Malaysia Madani agar rakyat Perlis tidak ketinggalan daripada segi pembangunan dan prasarana.

“Selain melibatkan projek-projek SAP, permohonan peruntukan itu juga akan digunakan untuk menaiktaraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian,” katanya ketika ditemui di Tangki Air SAP di Anak Chelong dekat sini hari ini.

Terdahulu Mohd. Shukri menyertai program Rehlah Keluarga SAP (Rekersap) bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif SAP, Dr. Mohmad Asari Daud.

Ketika ditanya mengenai isu air tidak terhasil (NRW) yang serius di Perlis, Mohd. Shukri berkata, SAP telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah air yang membelenggu penduduk negeri itu.

“Dalam isu NRW, kerajaan negeri melalui SAP memandang serius perkara tersebut dan beberapa punca masalah telah dikenal pasti.

“Sekiranya semua pengguna melaporkan masalah kebocoran paip, ia akan membantu menyelesaikan isu NRW dengan kadar segera,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI