fbpx

Orang ramai lega, sudah tidak susah-susah tampal roadtax

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai kini mempunyai pilihan sama ada menampal seperti biasa cukai jalan atau menggunakan aplikasi digital.

PETALING JAYA – Orang ramai lega selepas tidak lagi diwajibkan mempamer cukai jalan yang sebelum ini sukar ditampal dan ditanggalkan sehingga ‘merosakkan’ cermin kereta mereka.

Sehubungan itu, mereka menarima baik keputusan Kementerian Pengangkutan (MOT) yang tidak lagi mewajibkan pelekat cukai jalan dipamerkan di ken­deraan berkuat kuasa serta-merta.

Bagaimanapun, pendigitalan yang membolehkan orang ramai memuat naik Lesen Kenderaan Motor (LKM – pelekat cukai jalan) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) secara dalam talian MyJPJ dilihat masih tidak mampu dimanfaatkan semua lapisan masyarakat.

Seorang kerani swasta, Syuhada Jalil, 27, berkata, inisiatif yang diberikan pihak kerajaan ini memberikan satu kelegaan pada dirinya walaupun hanya melibatkan sekeping pelekat di kereta.

“Keputusan yang diambil kerajaan ini sangat bertepatan dengan situasi semasa, masyarakat sekarang akan ke mana-mana sahaja membawa telefon bimbit, ia seakan benda wajib untuk ada di tangan.

“Kebarangkalian untuk kehabisan bateri telefon itu juga kurang, orang ramai ada pengecas mudah alih (powerbank) untuk dibawa bersama, cuma dari sudut penggunaan aplikasi itu di kawasan kurang jaringan internet akan terganggu sedikit.

“Inisiatif yang diberikan kerajaan ini dikatakan secara tidak langsung mengawal penjualan lesen palsu,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI