fbpx

Nyanyian gantung, terbalik Naim Daniel buat peminat bimbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERSEMBAHAN unik Naim Daniel dalam AJL37.

KUALA LUMPUR – Berani dan luar kotak. Itu konsep yang dibawakan penyanyi Naim Daniel apabila tampil menyanyi dalam keadaan terbalik dan posisi tergantung di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) sebentar tadi.

Menerusi lagu berjudul Mainan, Naim membuatkan seluruh stadium bergema dengan sorakan penonton apabila muncul dalam keadaan yang tidak pernah ditampilkan dalam mana-mana edisi Anugerah Juara Lagu (AJL) sebelum ini.

Rata-rata penonton terpegun dengan konsep yang dibawakan penyanyi berusia 25 tahun itu apabila menyifatkan persembahannya begitu unik dan lain daripada yang lain.

“Persembahan seorang penghibur yang segar dan relevan. Tahniah Naim!” ujar seorang pengguna Twitter.

“Beraninya Naim! Memang terbaik,” kata seorang lagi netizen.

Bagaimanapun, tidak kurang juga yang menyuarakan kebimbangan terhadap persembahan yang ditampilkan penyanyi itu jika berlaku kejadian yang tidak diingini.

“Risaunya takut tali putus,” ujar seorang netizen.

“Tak pening kepala ke? Takut darah turun ke kepala pula,” kata seorang peminatnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI