KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi Dan Digital, Fahmi Fadzil hadir ke acara berprestij, Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL317), malam ini.
Dalam acara yang berlangsung Axiata Arena, Bukit Jalil dan dipancarkan secara langsung menerusi TV3. Turut hadir, Timbalannya, Teo Nie Ching.
Malam ini, seramai 12 finalis berentap antaranya Aina Abdul yang mempertaruhkan lagu Terus Hidup ciptaan beliau sendiri. Alif Satar & The Locos mempertaruhkan lagu Anugerah Terindah ciptaannya bersama Romeo, Tam Cobain, Arwis/lirik Alif, Shah Shamshiri dan Romeo.
Lagu lain yang bertanding termasuklah Korban (Ernie Zakri), Bahagiakan Dia ( Shila Amzah dan Liza Hanim).
Turut bersaing, Suatu Malam Di Temasek dendangan Joe Flizzow dan SonaOne ciptaan SonaOne dengan lirik dihasilkan SonaOne dan Joe Flizzow; Debu (Dayang Nurfaizah, Amir Masdi/ciptaan Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam, Acap Salim).
Sementara itu, pentas AJL37 akan digamatkan dengan saingan Kembali Terang (Marsha Milan/ciptaan Senna dan Ajin/lirik Senna); Nang (Iman Troye/ciptaan Ezra Kong dan A Ramle) serta Payung Pelangi (Noki, MK/ciptaan dan lirik Noki, MK).
Tidak ketinggalan, Sengsara (Khai Bahar/ciptaan Johm Reeves, Firdaus Rahmat dan Omar K); Irama (Shiha Zikir/ciptaan Qie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves) dan Mainan (Naim Daniel/ciptaan Firdaus Rahmat, Omar K dan Mas Dewangga/lirik Arizs Ab Rahman). – KOSMO! ONLINE