fbpx

Masir Kujat sertai Parti Bangsa Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masir (tiga kiri) menyerahkan surat permohonan kepada Sng (tiga kanan) sambil disaksikan yang lain.

KUCHING – Bekas Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Masir Kujat kini menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM), selain dilantik sebagai Setiausaha Agung parti.

Perkara itu dinyatakan oleh Presiden PBM, Datuk Larry Sng menerusi satu kenyataan, hari ini.

Larry menambah selain Masir, beberapa golongan profesional Dayak juga telah memohon untuk menyertai PBM.

“Beberapa pelantikan lain telah dibuat dan penstrukturan semula beberapa jawatankuasa negeri telah selesai dan kini PBM bergerak ke hadapan,” katanya.

Masir sebelum ini telah keluar dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) pada 30 Mac tahun lalu untuk menjadi calon bebas.

Beliau sebelum ini menyertai PSB pada Mac 2019 selepas meletak jawatan daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Masir juga pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri dari 2015 hingga 2018. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI