fbpx

Mangsa nahas kerap naik Genting Highlands, dua kali sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KETUA Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (tiga dari kiri) memberi penghormatan terakhir kepada mangsa nahas di Machang Bubok, di Bukit Mertajam semalam. - IQBAL HAMDAN

SEBERANG PERAI – Seorang mangsa yang maut dalam nahas yang meragut lapan nyawa di Bentong, Pahang Rabu lalu ke­rap bercuti ke pusat peranginan itu.

Chang Them Teik, 68, berkata, abangnya, Chang Them Kong, 70, memilih Genting Highlands sebagai lokasi percutian bersama isterinya selain beberapa lokasi lain di dalam dan luar negara.

“Mereka sepatutnya melancong ke Eropah bersama anak bongsu yang menetap di Switzerland pada April ini, namun impian itu tidak menjadi kenya­taan,” katanya ketika ditemui di Machang Bubok di sini semalam.

Menurutnya, mendiang abangnya merupakan anak kelima daripada 10 beradik dan sudah tidak bekerja.

“Abang rajin melancong bersama isteri. Sebelum Tahun Baharu Cina, mereka turut melancong ke Vietnam dan kerap ke Gen­ting Highlands iaitu dua kali dalam sebulan,” katanya.

Them Kong maut ketika dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), manakala isterinya yang cedera masih dirawat di hospital sama.

Sementara itu, anak Chew Chong Beh, 73, memberitahu, sebelum kejadian, dia sempat berhubung dengan ibunya melalui aplikasi WeChat.

Ong Seow Hooi, 43, berkata, dia tidak menyangka mesej ibu­nya adalah yang terakhir sebelum maut dalam nahas.

“Ibu beritahu dia mungkin akan tiba (Pulau Pinang) lewat. Itulah kali terakhir kami berhubung,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Jambu, Bukit Mertajam di sini semalam.

SEOW HOOI menunjukkan gambar kenangan bersama mendiang ibunya sewaktu Tahun Baharu Cina baru-baru ini ketika ditemui di Taman Jambu, Bukit Mertajam semalam. – IQBAL HAMDAN

Beritahu Seow Hooi, sebelum kejadian, ibunya tidak menunjukkan sebarang perubahan dan kehilangan wanita itu amat dirasai kerana mangsa seorang yang mesra dan ceria.

“Semasa hayatnya, dia seorang yang suka bersiar-siar sambil berbasikal hampir setiap pagi di kawasan Machang Bubok dan Kampung Bukit Teh.

“Selain itu, ibu suka minum kopi dengan kawan-kawan dan membeli nasi lemak daripada kenalan Melayu. Sememangnya berita kematiannya amat mengejutkan keluarga dan rakan-rakan terdekat,” ujarnya lagi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI