fbpx

Kita dah tua, dah nak reput – Eja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EJA kini menumpukan sepenuh hidup buat keluarga kecilnya, khusus anak tunggalnya kini yang berusia 13 tahun.

PETALING JAYA – Bukan merajuk membawa diri, aktres senior, Eja sebaliknya berlapang dada dengan peluang terbuka kepada bakat-bakat baharu yang mewarnai dunia hiburan tanah air sepanjang tempoh rehatnya selama ini.

Eja atau nama sebenarnya, Siti Shahrizah Saifuddin sedar populariti dan kemasyhuran bukan bersifat selama-lamanya dan akan sampai waktu, dia perlu meletakkan noktah daripada terus berlakon.

“Masih lagi ada tawaran berlakon filem dan drama tetapi keutamaan saya sekarang adalah keluarga terutama anak, Nur Eishal.

“Berilah peluang kepada orang-orang baharu. Kita dah tua. Berilah ruang kepada generasi sekarang mewarnai dunia hiburan kita dengan idea-idea yang lebih baik.

“Kita ni dah nak reput (ketawa). Anak saya sekarang pun dah 13 tahun. Anak saya ada bakat lakonan tapi dia sendiri tak berminat nak ceburkan diri (dalam bidang lakonan),” katanya kepada Kosmo! Online.

Eja yang ditemui usai sidang akhbar Kamya Fest di Bukit Jalil baru-baru ini berkata, pendidikan adalah perihal utama yang akan diberikan kepada satu-satunya anaknya itu.

“Kita tahu tahu qada dan qadar seseorang. Saya tak nak kata tidak (untuk anak berkecimpung dalam dunia lakonan).

“Tapi, keutamaan saya untuk lepaskan Eishal belajar setinggi yang mungkin. Belajar dahulu dan selepas itu nanti, mana jalan yang Allah kurniakan, dia pilih sendiri dan saya beri restu.

“Umur sekarang, anak dah tahu apa dia nak jadi. Tetapi saya perlu, kita hanya perlu merancang, Allah menentukan. Sebagai ibu, saya nak dia berjaya dunia akhirat sebab dialah satu-satunya anak saya,” ujarnya kini seronok berniaga produk sambal, eishals_by_eja.

Terdahulu, sekitar 2017, Eja mendedahkan sudah 10 tahun bergelar isteri kepada tokoh korporat, Mohd. Silahuddin Jamaluddin.

Sejak itu, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) itu mengambil pendekatan memperlahankan karier selepas melahirkan anak tunggalnya, Nur Eishal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI