fbpx

Rakaman kamera AJL37 dikritik, jadi bualan netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sudut rakaman jurukamera semasa persembahan lagu Nang dikritik netien.

PETALING JAYA – Belum sejam disiarkan secara langsung, Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) menjadi bualan hangat dalam media sosial gara-gara rakaman kamera yang dikatakan kurang memuaskan.

Rata-rata netizen berpendapat jurukamera tidak merakam bahagian persembahan yang sepatutnya dipertontonkan kepada penonton di rumah.

Kritikan netizen terhadap kerja jurukamera dalam AJL37.

“Jurukamera AJL37 alami masalah ke? Berpusing-pusing, pening tengok

“Kenapa tidak tunjuk bahagian Azira Shafinaz ketika rap?

“Kamera hancur, nasib baik persembahan hebat,” komen netizen.

Tidak cukup dengan itu, lirik yang dipaparkan beberapa saat menerusi televisyen turut dikatakan menganggu mood tontonan persembahan lagu Nang nyanyian Iman Troye.

“Kenapa muncul tulisan macam tayangan untuk budak tadika?

PAPARAN grafik yang dikritik.

“Nyanyian Iman dah okey tetapi terganggu dengan ayat yang tidak perlu pun diselitkan,” kata netizen.

Isu berkaitan rakaman kamera bukan perkara baharu setiap kali AJL bersiaran dan sudah berkali-kali dibangkitkan dalam kalangan peminat setia pertandingan berprestij tersebut.

Malam ini, sebanyak 12 lagu bertanding dalam AJL37 iaitu Turut bersaing, Suatu Malam Di Temasek dendangan Joe Flizzow dan SonaOne ciptaan SonaOne dengan lirik dihasilkan SonaOne dan Joe Flizzow, Debu (Dayang Nurfaizah, Amir Masdi/ciptaan Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam, Acap Salim).

Sementara itu, pentas AJL37 juga akan digamatkan dengan saingan Kembali Terang (Marsha Milan/ciptaan Senna dan Ajin/lirik Senna); Nang (Iman Troye/ciptaan Ezra Kong dan A Ramle) serta Payung Pelangi (Noki, MK/ciptaan dan lirik Noki, MK).

Tidak ketinggalan, Sengsara (Khai Bahar/ciptaan Johm Reeves, Firdaus Rahmat dan Omar K); Irama (Shiha Zikir/ciptaan Qie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves) dan Mainan (Naim Daniel/ciptaan Firdaus Rahmat, Omar K dan Mas Dewangga/lirik Arizs Ab Rahman).

Finalis lain yang turut berentap ialah Aina Abdul yang mempertaruhkan lagu Terus Hidup ciptaan beliau sendiri, Alif Satar & The Locos mempertaruhkan lagu Anugerah Terindah ciptaannya bersama Romeo, Tam Cobain, Arwis/lirik Alif, Shah Shamshiri dan Romeo.

Lagu lain yang bertanding termasuklah Korban (Ernie Zakri), Bahagiakan Dia ( Shila Amzah dan Liza Hanim). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI