fbpx

Bomba Perak sasar perluas PBS dianggotai Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZMI (tengah) bergambar bersama PBS Orang Asli Ulu Geruntum di Dewan Orang Ramai Ulu Geruntum, Gopeng hari ini.

GOPENG – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berhasrat memperluaskan khidmat Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di kawasan penempatan Orang Asli di negeri ini.

Pengarahnya, Azmi Osman berkata, langkah yang akan dilaksanakan itu sebagai tindakan awal jika berlaku kes kecemasan di kawasan penempatan golongan tersebut yang kebiasaannya terletak di pedalaman.

Katanya, anggota yang menyertai PBS akan dilatih dengan pengetahuan dan kemahiran asas bagi menangani kes kecemasan.

“Sekiranya ada pasukan bomba sukarela terdekat, secara tidak langsung ia akan membantu operasi mencari dan menyelamat kerana komuniti Orang Asli ini memiliki kemahiran terutama aspek di dalam hutan.

“Apa yang penting, mereka ini juga tahu struktur muka bumi selain memiliki ketahanan fizikal yang akan membantu kita dalam operasi,” katanya pada Majlis Ramah Mesra sempena penubuhan PBS Kampung Orang Asli Ulu Geruntum di Dewan Orang Ramai Ulu Geruntum di sini hari ini.

Mengulas lanjut Azmi berkata, pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya lima PBS dianggotai masyarakat Orang Asli akan ditubuhkan di Perak pada tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI