SEJAK Januari lalu, nama Bella Astillah boleh dikatakan antara yang hangat diperkatakan ramai disebabkan kisah rumah tangganya diganggu seorang aktres.
Memang banyak petunjuk yang diberikan Bella mengenai situasi sulit yang dilaluinya sebelum ini termasuk memuat naik hantaran mengenai pelacur.
Terbaharu, kapsyen fotonya sekali lagi menuai perhatian ramai apabila berbicara tentang ketenangan diri.
“Kita berhak merehatkan diri daripada sebarang hal yang membuat sakit.
“Kita berhak menghindari diri daripada orang-orang yang membuat gangguan mental kerana paling penting adalah kebahagiaan dan ketenangan sendiri,” tulisnya.
Sepertinya Bella sedang mencari ruang untuk menenangkan diri daripada terus dibelenggu dengan masalah yang tidak berkesudahan.
Diva harap Bella temui ketenangan yang dicari dan semoga anasir-anasir jahat yang sering mengganggu rumah tangganya lenyap.
DIVA: Penat ya jadi Bella, tidak pernah berhenti berjuang demi kebahagiaan rumah tangganya. Semoga Aliff Aziz tidak sia-siakan semua pengorbanan itu.