fbpx

Bayar RM104,998 untuk miliki ‘kapal selam’ James Bond

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
. Kereta Lotus Esprit klasik dalam filem James Bond berjudul The Spy Who Loved Me akan dilelong di Dorset. - Foto BNPS

LONDON – Kereta sport klasik Lotus Esprit yang ditampilkan filem James Bond, The Spy Who Loved Me pada tahun 1977, boleh menjadi milik anda pada harga cuma £20,000 (RM104,998), lapor portal berita The Sun.

Kenderaan popular itu akan dikenang selama-lamanya sebagai kereta amfibia yang digunakan oleh pemegang watak perisik Britain tersebut, Roger Moore. Adegan malar segar menampilkan kereta itu berubah menjadi kapal selam di laut.

Selepas menonton filem popular itu, seorang petani segera mendapat inspirasi untuk membeli Lotus Esprit tersebut.

Namun, dia jatuh sakit beberapa tahun lalu dan terpaksa melepaskan kenderaan cantik itu dari kandang di ladangnya.

 

 

 

Kereta ikonik yang mempunyai enjin berkapasiti 2.2 liter itu telah berhabuk tetapi kini keluarganya telah memutuskan untuk menjual Lotus Esprit itu menerusi acara lelongan oleh firma Charterhouse Auctions di Sherbourne, Dorset.

Kakitangan firma lelongan itu, Richard Bromell berkata: “Saya pasti pemilik baru yang bertuah akan membaik pulih Lotus ini dan kembali memandunya di jalan raya dalam masa yang singkat.”

Kereta model Esprit v3 itu adalah salah satu daripada 1,053 unit yang dibina oleh pengilang Britain, Lotus dan cuma sebilangan kecil yang masih wujud pada hari ini – Agensi

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI