fbpx

Batuk, sakit tekak, doakan saya – Shiha Zikir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHIHA ZIKIR

PETALING JAYA – Menjelang persembahan final Anugerah Juara Lagu ke-37 sebentar lagi penyanyi Shiha Zikir terus bertahan dek masalah kesihatan apabila masih belum sembuh daripada batuk yang dialami sejak seminggu lalu.

Shiha, 36, ketika dihubungi Kosmo! Online memaklumkan masalah batuk yang dialaminya masih belum sembuh, malah kini berdepan dengan masalah sakit tekak gara-gara terkena hujan.

“Saya masih lagi batuk. Sekarang sakit tekak pula sebab terkena hujan semalam. Saya baru sahaja makan ubat untuk bertahan,” katanya.

Tambah penyanyi bertubuh genit itu lagi, dia bimbang masalah kesihatan yang dialaminya itu bakal menjejaskan persembahannya pada malam nanti dan meminta peminat untuk mendoakan dirinya supaya dapat beraksi dengan baik.

“Doakan saya ya,” katanya ringkas.

Shiha sebelum ini memberitahu dia diserang demam teruk sejak beberapa hari lalu dan masih dalam proses menyembuhkan diri.

Masalah kesihatan yang dialaminya itu turut menyebabkan dia hanya dapat menjalani latihan pada saat akhir hanya beberapa hari sebelum perlu melakukan latihan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Malam ini, Shiha yang bertanding sebanyak tiga kali berturut-turut dalam AJL bakal mempertaruhkan lagu berjudul Irama hasil ciptaan Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI