fbpx

Azeem terus leburkan rekod di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZEEM (tengah) sekali lagi memperbaharui rekod acara 60m dalam dewan kebangsaan yang juga miliknya sebelum ini dengan catatan 6.63s awal pagi semalam. – TWITTER AUBURN TFXC

JAGUH pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi terus cemerlang apabila berjaya memecahkan rekod kebangsaan yang juga miliknya sendiri buat kali kedua dalam tempoh dua minggu.

Pelari berusia 18 tahun itu memecahkan rekod kebangsaan acara 60 meter (m) dalam dewan dengan catatan 6.62 saat (s) sekali gus menamatkan saingan tempat kelima pada aksi final ketika bersaing pada Kejohanan Jemputan Tiger Paw di University Clemson di Carolina Selatan awal pagi semalam.

Catatan itu menyaksikan Azeem memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri 6.63s yang dilakukan sewaktu Kejohanan Olahraga Terbuka Universiti Texas Tech di Pusat Ke­cemerlangan Prestasi Texas Tech, Lubbock dua minggu lalu.

Azeem ketika itu memadam rekod lama kebangsaan, 6.66s dilakukan oleh Watson Nyambek pada Kejohanan Olahraga Dunia Dalam Dewan IAAF di Jepun pada 1999.

“Alhamdulilah minggu yang terbaik bersama orang terbaik. Syukur dapat catat rekod ba­haru,” kata Azeem dalam satu ciapan di Twitter semalam.

Pada aksi final tersebut pi­ngat emas dimenangi Trayvon Bromell dengan catatan 6.42s selepas mencatat masa keenam terpantas dalam sejarah acara 60m dalam dewan.

Tempat kedua menjadi milik Marcellus Moore kedua (6.56s) dan diikuti Sterling Warner-Sa­vage ketiga (6.59s), manakala tempat keempat terpantas adalah Alex Lang (6.61).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI