fbpx

4 premis pelacuran diserbu, 36 warga asing ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DBKL memecahkan 54 buah sekatan bilik yang dibina tanpa kelulusan di premis berkenaan. - Foto IHSAN FACEBOOK

KUALA LUMPUR – Sebanyak empat buah premis pelacuran diserbu dan 36 individu telah di tahan di Jalan Petaling, Kuala Lumpur, pada malam semalam.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Jabatan Penguatkuasaan telah melaksanakan Tindakan Khas Premis Berisiko (Aktiviti Pelacuran) untuk mengenal pasti premis-premis yang dijadikan sebagai pusat pelacuran.

“Risikan dan pemerhatian daripada pasukan penguatkuasa dilakukan dibeberapa lokasi premis yang menjadi ‘hotspot’ (tumpuan) di sekitar pusat bandar.

“Dalam operasi ini, sejumlah empat premis telah diserbu pihak penguatkuasa DBKL serta menahan sementara 36 orang wanita warga negara asing terdiri daripada (26) warga Indonesia, lima warga Bangladesh, dua warga India, seorang warga Sri Lanka dan seorang warga China disyaki sebagai pelayan seks.

“Turut diperiksa 11 orang lelaki warga tempatan dan warga asing dipercayai sebagai pelanggan yang hadir ke premis semasa serbuan dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah DBKL, empat buah premis ini dikenakan tindakan penutupan serta merta (sealed) dibawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Empat notis kompaun turut dikeluarkan dibawah UUK 3(1) UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 kerana menjalankan apa-apa aktiviti perniagaan tanpa kebenaran atau lesen pihak DBKL.

Sementara itu, DBKL turut memecahkan 54 buah sekatan bilik yang dibina tanpa kelulusan di premis berkenaan.

“Kita juga sita sebanyak 155 pelbagai barangan dan peralatan dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti yang tidak bermoral.

“Barangan yang disita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL, Jalan Lombong, Taman Miharja Kuala Lumpur untuk didokumentasi dan penyimpanan sementara sebelum tindakan lanjut terhadap pemilik premis,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI