fbpx

Tun Mahathir jumpa Annuar Musa dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairuddin (kiri) menyampaikan sumbangan peranti elektronik kepada golongan pelajar selepas Wacana MN di Kompleks YKK, Padang Kala di Ketereh malam tadi. - Foto oleh MUSTAQIM MOHAMED / KOSMO!

KETEREH – Bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad akan bertemu dan berbincang dengan Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa dalam masa terdekat.

Ahli Dewan Tertinggi MN, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, perbincangan akan menjurus ke arah membentuk kerjasama demi penyatuan orang-orang Melayu.

Menurutnya, Dr. Mahathir memberi sokongan penuh kepada usaha Annuar dalam penubuhan MN yang merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha menyatupadukan semula orang Melayu di negara ini.

“Penerimaannya terhadap MN cukup baik. Seperti kata beliau, sudah sampai masanya orang Melayu perlu duduk semeja untuk anjur satu penyatuan dan perpaduan secara ‘total’ (menyeluruh) di negara kita.

“Atas dasar itu, saya mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) hadir untuk duduk bersama dalam MN. Insya-Allah, saya mahu anjur pertemuan mereka (Dr. Mahathir dan Annuar) pada minggu depan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Wacana MN di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Padang Kala di sini malam tadi.

Khairuddin yang juga Pengerusi GTA Wilayah Persekutuan berkata, antara perkara yang menarik minat Dr. Mahathir bekerjasama dengan MN adalah wadah perjuangan yang selari sehingga bekas Perdana Menteri itu sanggup berjumpa dan duduk semeja.

Menurutnya, beliau melihat Dr. Mahathir sanggup mengetepikan perbezaan pendapat dengan beberapa pemimpin termasuk Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin demi penyatuan Melayu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI