fbpx

Suami enggan maaf isteri kentut di hadapannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu berasa jijik apabila isterinya membuang angin di hadapannya. - Getty Images/iStockphoto

CANBERRA – Seorang wanita kecewa apabila suaminya memanggilnya dengan gelaran ‘menjijikkan’ selepas dia pertama kali kentut di hadapan lelaki itu selepas sembilan tahun mereka berkahwin, lapor akhbar New York Post semalam.

Dalam sebuah hantaran di laman Kidspot, wanita itu mendakwa suaminya menganggap perbuatan sendawa dan membuang angin di hadapan orang lain sebagai tidak sopan.

Salah seorang rakan kepada wanita itu pernah bersendawa di hadapan mereka dan si suami asyik mengulangi ‘rasa jijiknya’ sepanjang tempoh perjalanan pulang ke rumah.

“Selepas mendengar tanggapannya terhadap topik itu (sendawa dan kentut), saya akan pastikan saya hanya membuang angin di bilik mandi dan tandas sehingga dia tidak mendengarnya,” tulis wanita itu.

Bagaimanapun pada satu malam, wanita itu secara tidak sengaja terkentut ketika berbaring di sebelah suaminya di atas katil. 

“Kentut adalah perkara yang paling tidak sopan boleh dilakukan oleh seorang wanita terutamanya di hadapan suaminya,” kata lelaki itu ketika kejadian, sambil memanggilnya ‘menjijikkan’.

Keesokan harinya, wanita itu meminta maaf kepada suaminya, namun tidak berjaya.

Akibat tidak tahan, wanita itu mendapatkan nasihat rakannya mengenai masalah tersebut. Daripada mencadangkan penyelesaian, rakannya yang marah segera memarahi lelaki itu.

Rakannya berpendapat dia tidak perlu berasa bersalah kerana sendawa dan kentut merupakan fungsi badan semula jadi untuk manusia. Tindakan menahan kentut bahkan boleh menyebabkan seseorang masuk hospital. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI