fbpx

Siasatan isu video tular guru minta pelajar tukar agama selesai – Fadlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina.

SEREMBAN – Siasatan berhubung isu video tular di laman sosial Facebook berkaitan dakwaan guru meminta murid menukar agama sudah selesai dilaksanakan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya kini sedang menunggu jawapan keseluruhan siasatan daripada pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL).

“Siasatan telah pun selesai dari segi siasatan, tunggu jawapan keseluruhan siasatan pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Tidak ada ruang untuk diskrimnasi dan persendaan agama dalam ruang sistem pendidikan kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Bakat Prasekolah Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2023 di sini, hari ini.

Fadhlina berkata demikian bagi mengulas situasi isu berkenaan yang tular sejak Rabu lalu.

Sebelum itu, tular di Facebook video sidang media keluarga pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur yang ditemani pengerusi Persatuan Agamam Ani Hindu Malaysia, Arun Dorasamy mendakwa seorang guru menggalak anak mereka memeluk Islam.

Ibu pelajar yang hanya dikenali sebagai Vasan berkata, anaknya memberitahu gurunya mendakwa ia (menukar agama) akan meningkatkan peluangnya untuk menjadi pemain bola sepak kebangsaan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI