fbpx

Saifuddin ucap selamat ulang tahun APMM ke-18

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan Selamat Ulang Tahun Msritim Malaysia yang dimuat naik Saifuddin di media sosial.

PETALING JAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ucap selamat ulang tahun kepada seluruh warga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ke-18 yang disambut pada hari ini.

Menerusi hantaran di akaun Twitter miliknya hari ini, beliau memberitahu hari ini merupakan hari bersejarah buat APMM yang menyambut penubuhannya.

Katanya, peranan, tanggungjawab dan jasa bakti yang dicurahkan agensi berkenaan bagi memastikan keselamatan, keamanan dan mencegah sebarang perlakuan jenayah dalam jangkauan perairan maritim Malaysia amat besar maknanya.

“Tahniah dan sekalung penghargaan buat APMM.

“Selamat menyambut ulang tahun ke-18 buat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, terus serlahkan kehebatan dalam ‘Mengawal, Melindung, Menyelamat’ negara,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI