fbpx

Ribuan di seluruh dunia mahu jadikan Aya anak angkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aya kini berada di hospital untuk rawatan lanjut. – BBC

DAMSYIK, Syria – Beribu-ribu orang menawarkan diri untuk menjadikan seorang bayi perempuan yang lahir di bawah runtuhan bangunan akibat gempa bumi di Syria pada Isnin lalu sebagai anak angkat, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).

Ketika diselamatkan, bayi bernama Aya,bermaksud keajaiban dalam bahasa Arab itu ditemui dalam keadaan tali pusat masih bersambung dengan jenazah ibunya.

Ibu, bapa dan empat adik-beradiknya meninggal dunia selepas gempa bumi kuat melanda bandar Jindayris. Aya kini dirawat di hospital.

“Dia tiba pada Isnin lalu dalam keadaan teruk, mengalami lebam, sejuk dan hampir tidak bernafas,” kata Hani Marouf selaku pakar pediatrik yang menjaga Aya. Bayi itu kini dalam keadaan stabil.

Video operasi menyelamat Aya tular di media sosial. Rakaman kejadian memaparkan seorang lelaki berlari dari runtuhan bangunan sambil memegang bayi itu yang dilitupi debu.

Saudara-mara keluarga itu, Khalil al-Suwadi yang berada di lokasi kejadian ketika Aya ditarik keluar dari timbunan konkrit, membawa bayi itu kepada Dr. Marouf di bandar Afrin, Syria.

Beribu-ribu pengguna media sosial kini meminta butiran untuk menjadikan Aya sebagai anak angkat.

“Saya ingin mengambilnya sebagai anak angkat dan memberinya kehidupan yang lebih baik,” kata seorang netizen.

Seorang penyampai berita saluran televisyen Kuwait berkata: “Saya bersedia untuk menjaga dan mengambil anak ini sebagai anak angkat…jika prosedur undang-undang membenarkan.”

Dalam pada itu, pengurus hospital tempat Aya dirawat, Khalid Attiah berkata, dia menerima berpuluh-puuh panggilan daripada orang ramai di seluruh dunia yang mahu menjadikan Aya anak angkat.

Di Syria, lebih 3,000 kematian telah dilaporkan berikutan gempa bumi itu. Angka tersebut tidak termasuk mereka yang meninggal dunia di kawasan yang dikuasai pemberontak. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI