fbpx

Polis nyanyi lagu hari lahir, pencuri bangun tidur tersenyum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis berbaju hijau memegang tangan suspek ketika mereka menyanyikan lagu hari lahir. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan beberapa anggota polis menyanyikan lagu selamat hari lahir ketika membangunkan seorang penjenayah yang sedang tidur, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @fakta.indo.      

Berdasarkan rakaman, beberapa anggota polis yang berada di lokasi tempat seorang penjenayah bersembunyi memberikan ‘kejutan’ ketika membangunkan suspek.

Lelaki itu kelihatan masih keliru  ketika dia dikejutkan dan ditahan oleh beberapa anggota polis yang menyamar dengan berpakaian seperti orang awam. 

Suspek dilihat tersenyum apabila polis menyanyikan lagu selamat hari lahir kepadanya. 

Berdasarkan kapsyen hantaran tersebut, lelaki itu merupakan suspek kes kecurian besi, manakala tangkapan dibuat di sebuah kafe siber di Sumatera Selatan.

Rakaman tersebut mendapat perhatian orang ramai di ruangan komen.

“Haha dia pun teruja,” komen seorang netizen. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI