fbpx

Pesakit mental mengamuk guna pisau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki mengamuk menggunakan sebilah pisau pemotong daging di Pekan Paloh, Kluang petang semalam.

KLUANG – Seorang lelaki mengamuk menggunakan sebilah pisau pemotong daging sebelum ditahan polis di Pekan Paloh dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, kejadian pada pukul 1.40 tengah hari itu dilaporkan orang awam sebelum anggota dikejarkan ke lokasi berkenaan.

Katanya, lelaki yang berusia 40 tahun itu bagaimapun berjaya ditenteramkan sebelum dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom di sini untuk tindakan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati lelaki itu adalah pemegang kad pesakit mental, namun pemeriksaan di lokasi mendapati tiada kejadian jenayah berlaku.

“Tiada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana individu terhadap lelaki itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 1 minit 36 saat yang memaparkan seorang lelaki memegang sebilah pisau sambil dikepung anggota polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI