fbpx

Pelajar serah diri selepas buang makanan dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video tular berhubung kejadian seorang pelajar membuang sampah ke dalam sungai di Sungai Penaga, Jalan SS13/6, Bandar Sunway, Subang Jaya, kelmarin.

SUBANG JAYA – Seorang pelajar yang tular dalam sebuah rakaman video kerana tindakannya membuang sampah ke dalam Sungai Penaga, Bandar Sunway di sini ditahan, semalam.

Video berdurasi 35 saat itu yang dikesan menerusi Tik Tok memaparkan seorang lelaki menaiki sebuah kereta jenis Perodua Ativa berwarna merah dirakam membuang sampah ke dalam sungai tersebut, kelmarin.

Ketua Polis daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, suspek merupakan seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun kemudian tampil menyerah diri, semalam.

“Temu bual ke atas suspek mendapati barangan yang dibuang ke sungai adalah makanan iaitu manisan ladu dan Barfi dalam kegunaan acara sembahyang.

“Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana membuang barang keluar dari kenderaan yang membawa hukuman denda sehingga RM300,” katanya dalam kenyataan hari. KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI