fbpx

EPL: Newcastle lupakan seketika final EFL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINT-MAXIMIN enggan rakan sepasukannya terlalu dibuai kejayaan mara ke final EFL dan perlu memberikan fokus pada aksi EPL menentang Bournemouth malam ini. – FB NEWCASTLE UNITED

NEWCASTLE – Pemain sayap Newcastle United, Allan Saint-Maximin percaya fokus pemain-pemain The Magpies tidak akan terganggu meskipun mereka sudah melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Liga Inggeris (EFL) 26 Februari ini.

Pemain Perancis itu berharap rakan sepasukan boleh memberikan tumpuan 100 peratus terhadap aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Bournemouth di Stadium Vitali­ty awal pagi esok dan tidak terlalu dibuai dengan status sebagai finalis EFL.

Saint-Maximin bagaimanapun mengakui, dia sentiasa memikirkan aksi final tersebut, namun enggan terlalu teruja kerana ia mampu mengganggu persiapan pasukan untuk per­lawanan-perlawanan liga.

“Tipulah jika saya tidak fikirkan mengenai perlawanan akhir Piala Liga Inggeris kerana ia satu pencapaian cemerlang untuk pasukan, tetapi kami sebagai pemain profesional turut menganggap saingan Liga Perdana juga sangat penting dan perlu diberikan perhatian.

“Saya dan rakan sepasukan sentiasa mahu berikan fokus 100 peratus untuk menang dalam setiap perlawanan. Apa yang paling penting adalah kami perlu hormat dan dengar setiap arahan jurulatih,” kata­nya.

Pada masa sama, dia berharap Newcastle tidak memandang rendah keupayaan Bournemouth menjelang pertemuan awal pagi esok biarpun pasukan lawan berada dalam situasi buruk di zon penyingkiran.

“Kami semua tahu mereka (Bournemouth) berada dalam situasi kurang bagus ketika ini, jadi Newcastle wajib untuk membawa pulang tiga mata. Saya tahu ia bukan tugas mudah tetapi kami perlu cari jalan untuk dapatkan kemenangan,” ujar Saint-Maximin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI