fbpx

Ainul Mardhiah semakin sihat, hanya jalani terapi sonotron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tahap kesihatan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin kini dilaporkan semakin baik dan sangat berbeza dengan sebelum ini.

PETALING JAYA – Tahap kesihatan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin kini dilaporkan semakin baik dan sangat berbeza dengan sebelum ini.

Berkongsi kisah kanak-kanak yang pernah menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor, bapanya Ahmad Safiuddin Abdul Razak berkata, anaknya itu kini kelihatan lebih ceria dan lebih aktif berbanding sebelum ini.

Tambah beliau, anaknya itu kini hanya menjalani terapi sonotron untuk mencairkan kahak dua kali seminggu di sebuah klinik di Duyong, Melaka.

“Ainul tengah tunggu nama kena panggil. Seminggu dua kali Ainul buat terapi sonotron di Klinik Dr. Fauziah, Duyong Melaka.

“Alhamdulillah, banyak improvement, Ainul ni guna trachy, dengan keadaan dia yang masih belum lancar menelan lagi, so dalam paru paru dia memang banyak kahak,”tulisnya di laman Facebook semalam.

Mengulas lanjut, Ahmad Safiuddin berkata, terapi Sonotron dapat bantu cairkan kahak.

“Nampak perbezaannya dulu dan sekarang,” katanya.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan Ainul Mardhiah beberapa kali dimasukkan ke hospital dan dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) kerana jangkitan kuman serta turut mengalami serangan sawan berulang beberapa kali.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI