fbpx

Wisma Putra lancar tabung bencana gempa Turkiye, Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wisma Putra

PUTRAJAYA – Wisma Putra melancarkan semula Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri (TBKLN) bagi mengutip sumbangan orang awam sehingga 23 Februari ini.

Menurut Wisma Putra, derma yang dikutip itu akan digunakan bagi meringankan beban mangsa gempa di Turkiye dan Syria serta negara-negara sekitar yang terjejas teruk.

“TBKLN sebenarnya telah ditubuhkan kerajaan pada 2006 bertujuan mengumpul dana serta menyelaras sumbangan untuk mangsa bencana di seluruh dunia.

“Sehubungan itu, atas keprihatinan dan semangat Malaysia Madani, usaha murni tabung tersebut diteruskan lagi bagi membantu mangsa gempa bumi yang terkesan baru-baru ini,” kata Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini.

Wisma Putra menambah, orang awam, organisasi korporat dan badan bukan kerajaan yang bersimpati amat dialu-alukan untuk menyalurkan sumbangan terus kepada TBKLN.

Mereka boleh berbuat demikian menerusi akaun Affin Islamic Bank Berhad Cawangan Putrajaya dengan nombor akaun 1054 9000 0599 atas nama rasmi tabung berkenaan.

Jelas Wisma Putra, sumbangan yang dibuat itu adalah layak dituntut sebagai potongan cukai pendapatan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Bagi tujuan rekod dan pengeluaran resit rasmi, sila menyatakan butiran sumbangan anda melalui pautan https://tinyurl.com/yck9tnen,” tambah kenyataan berkenaan lagi.

“Sebarang pertanyaan lanjut mengenai tabung ini boleh dikemukakan kepada Sekretariat TBKLN melalui e-mel rasmi [email protected],” kata WIsma Putra. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI